( ubah sikit lirik lagusebab nak disesuaikan dgn tajuk resepi )
Bubur...bubur.... Makanan petang wajib di hujung minggu.
Memang dah jadi tradisi akak dihujung minggu untuk berbubur.Minggu ini akak memilih untuk memasak bubur kacang merah + pulut hitam . Menarikkan...... Akak memang suka makan bubur kacang merah ni.tapi akak hilang motivasi nak memasaknya bila memikirkan masa yg sgt lama nak melembutkannya.
Saborjelahhhh...... Untuk mengurangkan penggunaan gas dan membuang masa menunggunya, seeloknya rendam lah dulu ye adik adik.Akak rendam kacang hampir 4 jam dan pulut hitam pula akak rendam setengah jam.Sebelum rendam, basuhlah dulu untuk mengelakkan segala kekotoran diresapi oleh kacang merah dan pulut hitam.
Jom kita layan the resepi..... Hidangan untuk big family.
BUBUR KACANG MERAH VS PULUT HITAM
500 gm kacang merah
200 gm pulut hitam
5 liter air
1 tin susu cair. Nak lebih pun boleh...
2 ketul gula melaka
3 senduk gula pasir
Beberapa helai daun pandan kalau ada dan suka.
Jom cube...
1. Rebus kacang merah dan pulut hitam dgn 2 liter air dulu lebih kurang 20 minit.Masukkan sekali daun pandan.
2.Selepas 20 minit , masukkan lagi 2 liter air dan terus merebus dgn api sederhana.masuk air sikit sikit supaya cepat empuk, itu kata emak.rebus hingga minit ke 40.
3.Masukkan air 1 liter lagi dan masukkan gula melaka serta gula. Teruskan merebus .....dan rebus...dan rebus.....hingga kacang mengembang.lebih kurang masa keseluruhan 1 jam setengah.
4.Lastly, masukkan susu cair.Akak tutup api dulu barulah masukkan susu cair.Tak perlu nak dimasak susu cair tu.kalau nak masak gak, kacau selalu dan jangan menggelegak.
Amacam ? Lama tak nak memasaknya ????? Sangat lama dan memenatkan tapi berbaloi....baloi..... Bila anak anak berebut rebut nak makan.
Ha ... Ha...
Syukran ya Allah atas kurniaan rezeki mu...berkatilah ya Allah apabila ianya menjadi darah daging kami sekeluarga.......Amin......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan