Jumaat, 25 April 2014

MASAK LEMAK LABU MANIS

Hari ini akak masak lemak labu manis yang dicampur  dengan kacang panjang dak kacang panjang.Sayur masak lemak lbu manis ni , adalah antara masakan yang selalu akak masak.Cara masak yang senang, cepat dan sedap dimakan afalah punca utama ianya menjadi menu Pebret akak sefamili...


Jom kite layan the recipe....

MASAK LEMAK LABU MANIS




RESEPI

1/2 biji labu manis
Beberapa keping tahu kering / fucuk ( rendam hingga kembang )
Secekak kacang panjang
Segenggam ikan bilis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil kunyit
1 liter air
1 kotak santan ( 200 ml )
Garam

Jom cube.....
1. Tumbuk ikan bilis, bwg merah dan bwg putih.
2. Masukkan 1 liter air dalam periuk.
3. Masukkan labu manis dan bahan tumbuk kedalam periuk.
4. Masak labu hingga empuk.
5. Masukkan tauhu kering , kacang panjang, serbuk kunyit.
6. Akhir sekali masukkan santan dan perasakan dengan garam
7. Masak hingga mendidih tapi elakkan hingga menggelegak untuk  elakkan santan pecah minyak.


Senangkan?  Jomlah cube masakan labu yang menjadi kegemaran rasulullah...

TERUNG MASAK SAMBAL

 Terung masak sambal adalah antara juadah tengahari yang sering di ketengahkan oleh para peniaga makanan.Ianya menu hebat pelbagai bangsa di Malaysia.

Jom kite layan the recipe...

TERUNG MASAK SAMBAL( CILI BESAR + CILI API )


RESEPI

3 biji terung
6 biji cili besar merah
8 biji cili api
4 ulas bwg putih
2 labu bwg besar
Ikan bilis secukupnya
Air untuk merebus terung
Garam dan gula

Jom cube......
1. Rebuskan terung yang telah di potong .
2. Letakkan sedikit minyak dalam air rebusan supaya terung nampak berkilat.
3. Sementara itu, tumbuk ikan bilis , cili besar merah dan bawang putih
4. Apabila terung sudah lembut, toskan airnya dan air rebusan di buang.
5. Kemudian tumiskan bawang besar dan bahan tumbuk hingga pecah minyak.
6. Masukkan terung dan perasakan denfan garam serta gula.

Alhamdulillah ..... Siap sudah 1 lagi resepi yg cara masaknya cukup mudah.main campak campak je.....

Selasa, 22 April 2014

BUBUR KACANG MERAH VS PULUT HITAM

Merah ,    merah ,     delima............. hitam ,    hitam ,     pulut hitam..........
( ubah sikit lirik lagusebab nak disesuaikan dgn tajuk resepi )

Bubur...bubur.... Makanan petang wajib di hujung minggu.
Memang dah jadi tradisi akak dihujung minggu untuk berbubur.Minggu ini akak memilih untuk memasak bubur kacang merah + pulut hitam . Menarikkan...... Akak memang suka makan bubur kacang merah ni.tapi akak hilang motivasi nak memasaknya bila memikirkan masa yg sgt lama nak melembutkannya.
Saborjelahhhh...... Untuk mengurangkan penggunaan gas dan membuang masa menunggunya, seeloknya rendam lah dulu ye adik adik.Akak rendam kacang hampir 4 jam dan pulut hitam pula akak rendam setengah jam.Sebelum rendam, basuhlah dulu untuk mengelakkan segala kekotoran diresapi oleh kacang merah dan pulut hitam.

Jom kita layan the resepi..... Hidangan untuk big family.

BUBUR KACANG MERAH VS PULUT HITAM


RESEPI

500 gm kacang merah
200 gm pulut hitam
5 liter air
1 tin susu cair. Nak lebih pun boleh...
2 ketul gula melaka
3 senduk gula pasir
Beberapa helai daun pandan  kalau ada dan suka.

Jom cube...
1. Rebus kacang merah dan pulut hitam  dgn 2 liter air dulu lebih kurang 20 minit.Masukkan sekali daun pandan.
2.Selepas 20 minit , masukkan lagi 2 liter air dan terus merebus dgn api sederhana.masuk air sikit sikit supaya cepat empuk, itu kata emak.rebus hingga minit  ke 40.
3.Masukkan air 1 liter lagi dan masukkan gula melaka serta gula. Teruskan merebus .....dan rebus...dan rebus.....hingga kacang mengembang.lebih kurang masa keseluruhan 1 jam setengah.
4.Lastly, masukkan susu cair.Akak tutup api dulu barulah masukkan susu cair.Tak perlu nak dimasak susu cair tu.kalau nak masak gak, kacau selalu dan jangan menggelegak.

Amacam ? Lama tak nak memasaknya ?????  Sangat lama dan memenatkan tapi berbaloi....baloi..... Bila anak anak berebut rebut nak makan.
Ha ... Ha...
Syukran ya Allah atas kurniaan rezeki mu...berkatilah ya Allah apabila ianya menjadi darah daging kami sekeluarga.......Amin......














PUDING SAGU SOS KASTARD

Puding yang menyamankan anak tekak....

Berpuding  akak hari ini. Akak  terfikir nak buat puding sagu dan terus buat . Sukatan untuk resepi  ni bukan agak berbeza sikit dengan mana mana blog sebab akak main agak agak je seperti kebiasaanya.Masa ni lah nak keluar penyukat bagai. terutamanya nak sukat air. Akak suka puding sagu yang lembik-lembik gitu......barulah terasa kenyamanannya di anak tekak .

Jom kita layan the recipe......

PUDING SAGU SOS KASTARD


RESEPI

1 cawan sagu ( rendam dulu lebih kurang 30 minit - 1 jam )
1.5 liter air
3sudu besar gula ( tak letak pun tak pe )
daun pandan
pewarna kesukaan

Jom cube.......
1. Setelah sagu ditos, masak sagu dengan air sebanyak 1.5 liter.Kalau nak kurangkan air ni pun boleh.Ikut sukelah....Masukkan sekali daun pandan.
2. Masak sagu hingga bertukar warna jernih dan menjadi likat. Pastikan tak de sagu yang masih lagi berwarna putih ye....
3.Matikan api. bubuhlah warna kegemaran adik adik.biarkan sejuk.
4. kalau suka boleh letak dalam bekas yang berbentuk love, star, and  etc.....Jangan ikut akak.Akak main longgok je dalam bekas.lepas tu tuang sos kastard.


SOS KASTARD


RESEPI
 1 liter air
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
vanilla essence / daun pandan
gula

Jom cube.....
1. Bancuh tepung kastard dengan 1 liter air.
2. Masak bancuhan tadi sehingga ianya bertukar warna dari kuning menjadi berkilat. Masukkan daun pandan atau vanilla essence.
3. Masukkan gula ikut suka...
4. lastly , bila dah likat dan berkliat, masukkan susu cair.Terukan mengacau hingga mendidih tapi jangan menggelegak ye.....

Alhamduliilah.......siap sudah bah! masuk esbok dulu barulah terasa kenyamanannya apabila dimakan.Kalau malas nak tunggu sejuk dalam esbok, letak je ais dalam bekas.senangkan ? Jomlah cube...

SET BUBUR NASI VERSI JAWA ( AYAM, KANGKUNG ,TEMPE DAN TELUR MASIN )

Bubur nasi yang menyelerakan.
Petang ini , hujan lagi seperti sermalam.waktu tengahari , bukan main panas lagi.Bila cuaca panas, macam malas......je nak masak nasi.Apa yg terlintas dalam kepala akak ialah bubur nasi.Tekak akak terasa nak makan makanan jawa.Jadinya untuk set bubur hari ni, akak masak sambal tempe cili padi.Menyengat....pedas ! Tapi itulah yang menyelerakan.

Jom kita layan the recipe.....

BUBUR NASI

Beras
Air
Garam ( letak sikit je )

Jom cube.......
Confirm, adik -adik semua pandai masak bubur kan.Campur je semua bahan kat atas dan on kan periuk nasi.Air memang nak kena banyak .Tahap kelembutan bubur bergantung kepada tahap selera masing-masing ye....


AYAM MASAK KICAP 

1/2 ekor ayam
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kari
rempah 3 sekawan ( bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga )
kicap
sedikit air
garam dan gula

Jom cube....
1. goreng ayam terlebih dahulu.
2. sementara itu , tumbuk bawabg merah, bawang putih, dan  halia .
3. Tumiskan rempah 3 sekawan,  bahan tumbuk dan masukkan sedikit serbuk kari.
4. Apabila sudah garing, masukkan sedikit air dan kicap.
5. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ayam.
6. Perasakan dengan garam dan gula ( kalau perlu )
7. apabila ayam dah masak, bolehlah letakkan daun sup atau tomato. ikut sukelah....


SAMBAL TEMPE CILI PADI YANG PEDAS GILA.....

4 keping tempe
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
20 biji cili padi
segenggam ikan bilis

Jom cube...
1.Goreng tempe tu dulu dik....
2.Sementara tu, tumbuk  cili, ikan bilis, dan bawang putih - akak tumbuk kasar -kasar je...
3.Tumiskan bahan tumbuk  dan tumis hingga garing.
4.Masukkan tempe dan lastly bawang besar yang dah di mayang tadi.
5. Perasakan dengan garam.



SAYUR KANGKUNG GORENG TIRAM

2 ikat kangkung
6 ulas  putih
sos tiram
garam


Jom cube..

1. Ketuk bawang putih dan tumis hingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan garam.
3. Masukkan kangkung dan balik balikkan. Siap !

* kalau sayur tak nak berair sangat , toskan terlebih dahulu selepas di basuh.



TELUR MASIN

Jom cube..
Banyak mana telur yang adik adik nak  makan, rebus je..... yang penting telur tenggelam semasa direbus supaya ianya masak sama rata. Rebuslah sekitar 15 ke 20 minit.


Masak itu mudah...... Jom beribadah dengan  memasak.Bak kata chef amar ' masak dari hati, masak dengan iman ' kalau tagline tu salah, betulkanlah sendiri ye..... akak pun ingat-ingat lupe.






Ahad, 20 April 2014

LEMPENG CICAH KARI AYAM SOMALIA


Lempeng yg sgt enak dan menyelerakan akak anak beranak...

Mungkin ada orang yg malu nak ckp " aku sarapan lempeng"  akak tak kisah......janji kenyang.Nama modennya , 'pancake' @ 'crepe ' @ seangkatan dengannya...
Petang ni hujan lebat.Apakah makanan yg enak dimakan waktu hujan ? Pastinya lempeng jadi pilihan.
Ayam somalia?  Suami akak yg bagi nama sebab ianya tulang belakang ayam yg telah diambil dagingnya.Sebenarnya akak suka guna tulang belakang ayam utk masak kari ( utk cicah ) atau tomyam.Pada akak memang sedap sgt air tulang ayam ni.


Jom kita layan the resepi.....


RESEPI LEMPENG


3 1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air
1 biji telur jika suka ( kalau letak tepung 4 cwn )
1 sudu kecil garam
Pewarna kuning @ kunyit jika suka

Jom cube.....
Alahai, tak payah pening-pening dik......campur je semua.lepas tu godek hingga sebati.pastikan tak ade tepung yg berketul - ketul.kalau ada ketul- ketul, teruskan menggodek dan menggodek.Bab godek menggodek utk orang rajin.Tak cukup rajin, blender jer...............amacam? Senang kan.



CICAH

RESEPI AYAM SOMALIA

2 ketul tulang belakang ayam
2 labu bwg besar
4 ulas bwg putih
Sedikit halia
Rempah 3 sekawan ( buah pelaga, kayu manis,bunga lawang)
2 1/2  @ 3 sudu besar rempah kari ( bancuh sikit dgn air )
1.5 liter air
Sekotak santan ( 200 ml )
4 biji kentang - potong dadu
Seketul lobak merah - potong dadu
1@2 biji tomato- potong dadu
Garam dan gula


Jom cube...........

1.Tumbuk bwg merah, bwh putih dan halia.
2. Tumis  rempah 3 sekawan dan diikuti bhn tumbuk hingga kekuningan.
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dan teruskan menumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan terus tumis hingga nampak  sedikit masak ( warna berubah keputihan @ keperangan )
5.Masukkan air 500 ml dulu dan terus masak ( >@= 10 minit ) .kemudian tambahkan air 1 liter.
6. Masukkan kentang dan lobak dan teruskan memasak hingga semuanya empuk.
7. Masukkan santan dan masak hingga mendidih tapi jangan menggelegak.
8. Perasakan dgn garam. Kalau suka letak gula sikit.
9.Apabila dah didih, masukkan tomato dan matikan api.

Jeng , jeng , jeng......... Siap sudah makan malamku .Rezeki utk malam ni, alhamdulillah.



Sabtu, 19 April 2014

MASAK LEMAK PUCUK KAYU MANIS VS SOOHON


Sayur yang betul betul lemak dan manis seperti namanya........
Dah berzaman akak tak masak lauk ni.masa akak kecik kecik dulu ,inilah lauk yg selalu akak masak.masa tu kalau nak masak sayur ni , tinggal petik je.Fresh from farm.Arwah bapak dan emak memang tanam pokok sayur ni keliling rumah.Jimat belanja.... Sekarang ni pun ,sayur ni masih lagi mak tanam keliling rumah walaupun mak jarang makan.orang tua tua kata, sayur ni boleh menyebabkan bisa tulang bagi sesiapa yg tak tahan dgn sayur kategori sejuk . Petua orang lama kalau sayur kategori sejuk akan ditambah sedikit lada hitam untuk mengurangkan kebisa'annya.Mak saje tanam untuk anak anak tersayang kalau balik kampung. Bagi sesapa yg tak kenal pokoknya macam mana punya rupa, akak akan tunjuk next entri ok...
Jom kita layan the resepi.....resepi utk big family

MASAK LEMAK PUCUK KAYU MANIS SOOHON




RESEPI
2 ikat pucuk kayu manis
Segenggam soohon
Segenggam ikan bilis
4 ulas bwg putih
2 labu bwg besar
1 kotak santan
1 sudu kecil lada hitam
1.5 liter air
Garam secukupnya.

Jom cube....
1.macam biasa, sianglah dulu sayur tu.akak ambil daun dan pucuknya je.
2.Rendam soohon.
3.Tumbuk lada hitam hingga hancur agak kasar.masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.kemudian masukkan bwg putih dan bwg merah serta ditumbuk hingga ikut suka.
4.masak 1.5 liter air. Masukkan soohon dan bahan yg ditumbuk.masak lebih kurang 8 minit.
5. Masukkan santan dan panaskan hingga mendidih tapi jangan menggelegak.
6. Masukkan pucuk manis.

 Tara...... Siap untuk dihidang.


Jumaat, 18 April 2014

JEJAK BLOG......

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun akak meninggalkan blog ni.Akak hampir terlupa tentang kewujudan blog ni. Akak memang dah lupa pasword dan nama blog ni.Ini mungkin masa akak buat blog ni saje suke suke nak isi masa.Kebetulan semasa akak mengemas ngemas, rajinlah kononya tu kan.Akak terjumpa buku nota yg akak catatkan nama blog dan pasword blog ni. sebenarnya ini bukan kali pertama akak buat perangai cam ni.Sebelum ni ada buat beberapa blog .Tapi akhirnya semuanya terbengkalai.Mungkin sibuk sangat mengurus kehidupan hingga tidak memandang ke alam maya.Akak harap , lepas ni akak akan lebih serius untuk jadikan blog ini sebagai wadah berkongsi ilmu , berkongsi minat dan merapatkan silaturrahim di alam maya ini.